Skip to main content

Pergi Tak Kembali

Hari ni kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Pak Long kami yang dikasihi. Pak Long adalah abang mak. Bukan abang seibu sebapa tapi abang yg sama-sama membesar dan dijaga oleh ibu dan ayah yang sama. Mak dibela oleh ibu saudara mak yang kami panggil Atok Perempuan dan Pak Long merupakan anak Atok Perempuan. Kami tidak mengenali ibu kandung mak kerana sejak kami kecil kami hanya mengenali ATok (lelaki) dan Atok Perempuan sahaja sebagai datuk dan nenek kami. Kami juga tidak begitu rapat dengan adik beradik mak yang sebenar. Bagi kami Pak Long lah adik beradik mak.
 
Pak Long menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja azan subuh di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pak Long pergi selepas lebih dua bulan menderita penyakit TB.
 
Oleh kerana penyakit Pak Long sudah ditahap serius, kami tidak dibenarkan menatap wajah akhir Pak Long. Hanya Mak Long sahaja dibenarkan menatap wajah akhir Pak Long. Segala urusan mandi dan mengkapankan dilakukan oleh pihak hospital. Pihak hospital tidak membenarkan wajah Pak Long dibuka. Sedih juga rasa hati. Tapi apa boleh buat. Ini arahan pihak hospital untuk mengelak penyakit tersebut tersebar...mungkin...huhuhuhu...
 
Selamat kembali ke alam abadi Pak Long!
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Pak Long dan roh Pak Long sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
 

Comments

  1. Salam takziah untuk awak dan seluruh keluarga. Semoga roh Pak Long berada dalam kalangan para soleh dan solehah di sisi-Nya. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. salam takziah kak... moga roh pak long dicucuri rahmat... alfatihah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah