Monday, February 29, 2016

Tun Mahathir Umum Keluar UMNO

Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang penarikan diri beliau dan isteri dari parti UMNO. Pengumuman tersebur dibuat melalui satu siding akhbar yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana. Penarikan diri tersebut berkuat kuasa serta merta.
 
Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir bagi penarikan diri beliau adalah parti di bawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu.Tun Mahathir juga dilaporkan berkata:

"Saya ingin meninggalkan UMNO kerana ia bukan lagi UMNO. Ia adalah parti yang kini hanya menyokong Najib, 'melindungi' Najib dan saya tidak boleh menjadi ahli parti sedemikian."

"Pada saya, ia bukan lagi parti UMNO, tetapi parti Najib, " katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Aida tidaklah ingin mengulas panjang tentang isu ini. Sesungguhnya iklim politik Malaysia sekarang dalam keadaan yang tiak menentu. Banyak perkara boleh terjadi. Pedebatan antara sesame pemimpim, perdebatan rakyat melalui media social dan pelbagai lagi.
 
Secara peribadi Aida sebenarnya tidak sukakan keadaan ini. Tapi apan daya? Apa usaha yang boleh dibuat untuk memperbaik semuanya? Hanya mampu berdoa pada Ilahi semata-mata. Semoga Allah memelihara kita di Malaysia ini.
 
Photo Credit to AStro Awani

Weekend Getaways!

27 - 28 Februari 2016
Glory Beach Resort, Port Dickson.
 
Dah lama tak pergi Port Dickson. Memang Port Dickson tu takdelah best mana. Tapi Port Dickson selalu jadi tempat pilihan kami sekeluarga untuk berehat terutamanya bila kami ingin keluar dari hiruk pikuk KL tapi malas untuk berjalan jauh. Port Dicksonlah yang paling sesuai untuk kami sekeluarga.
 
Hujung minggu lepas kami ke Port Dickson. Kami yg sedikit bukan kami semua. :-). Weekend Getaways ni hanya untuk abah dan anak - anak bujang abah jer - Anyah, Ayang (me), Ateh & Acu... Ehhh...termasuk sorang yg dah kawin, Andak sebab suami Andak keje sampai malam. Jadi kesian pulak tinggal dia bertiga beranak.
 
Weekend getaways yang tak dirancang awal. Terfikir nak bawak Abah berehat. Terus cari hotel...check Ilham Resort tempat favourite Abah dan Mak...tapi fully booked pulak. Terfikir Glory Beach..terus call...ada bilik...nak terus booking tapi diorg cakap booking online lagi murah. Jadi terus check online..memang betul..murah dalam rm100 jugaklah. Jadi apa lagi teruslah booking online.
Maka terjadilah percutian pendek kami.
 
Kadang-kadang kita tak perlukan tempat yang mahal dan hebat untuk merasa gembira. Yang penting kita bersama-sama orang yang tersayang. Betul tak?
 
 

Sunday, February 28, 2016

Cerita tentang Gaji

Sila luangkan masa untuk baca....
Aida ambil ni dari FB penulis popular Ulu Yam di Liverpool, Nazali Noor.
Luangkan masa ya kawan-kawan.
--------------------------------------------------------
CERITA DARI HATI (#CDH)

Entri XXX: Bila gaji tak cukup dan apa arwah mak buat untuk saya?
 
Bulan Februari agak istimewa kan? Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain. Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa. Kira macam bonuslah kan? :-)
 
Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya
" Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?"
 
Saya senyum. Mak tambah lagi soalannya pada saya.
" Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?"
 
Saya makin senyum
" Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia. Mak ayah penat susah payah besarkan dia. Dah besar.. Dah kerja.. Kenalah balas budi mak ayah!"
Konfiden saya jawab.
 
Mak senyum.
"Itupun betul Onn.
 
Tapi ada satu lagi jawapan dia. Onn nak tau?"
 
Dahi saya berkerut. Kepala saya anggukkan laju laju. Saya alih tempat duduk saya rapat kat kaki mak sambil tampung kaki mak kat betis urut tapak kaki mak.
 
" Onn nak hidup berkat tak nanti? Kalau Onn nak hidup berkat Onn kena bagi duit gaji kat mak ayah.
Mak tak harap banyakpun. Sikitpun takpa. Ambik berkatnya tu. Onn tau tak mana mana mak ayahpun besarrrr sangat hati kalau dapat duit dari anak anak tau?"
 
Dahi saya tambah berkerut.
 
Saya tanya mak
"Berkat tu cemana eh mak?"
 
Mak senyum lagi
 
Mak jawab
"Berkat tu kita rasa tak pernah sempit.
 
Walau sikit aja duit kita tapi tak sempit. Selesaaaa aja. Kadang kadang sebab duit kita susah hati.
Tapi kalau berkat kan Onn, rezeki kita yang tak banyak tu kita boleh kongsi kongsi lagi kat orang"
 
Saya mula faham.
 
Mak tambah lagi.
"Sebab tu Onn tengok ada orang yang dia kerja kampung aja motong getah anak ramai lak tu.
Tapi anak anak dia semua pandai pandai kan?
 
Aaaa hidup berkatlah tu tau?
 
Onn nak hidup berkat kan?"
 
Saya angguk laju laju.
"Nanti dapat gaji bagi duit tau kat mak dengan ayah ya? Ambik berkatnya eh nanti?"
 
Pesan mak lekat kat otak saya. Saya masih ingat lagi. Gaji pertama saya kerja salesman jual periuk lepas SPM tahun 1989. Dapat RM 200 lebih. Masa tu kerja kat Cheras. Dapat aja gaji kat tangan saya mintak izin dengan Boss nak balik Ulu Yam. Kami dok rumah sewa boss bagi jadi saya naik bas mini pergi Puduraya ambik bas balik Ulu Yam. Sampai rumah mak saya keluarkan duit gaji tu.
" Mak ni gaji pertama Onn ni mak. Dapat RM200 lebih. Mak ambiklah RM 200 ni ya mak? Mak takyah risau Onn. Nanti kat Cheras sir tu bagi kami dok ramai ramai takyah bayar sewa. Makanpun dia bagi beras lauk semua makan ramai ramai. Mak ambik ya mak? Bagi ayah sama"
 
Mak ketap bibir. Mak kira sehelai sehelai duit RM 50 ada 4 keping. Mak cium duit tu. Mak lipat 3 helai. Mak pulangkan kat saya balik.
 
Saya tersentak!!
"Eh apa ni makkk? Janganlah mak. Ambiklah makkk"
 
Saya dah nak menangis dah!
 
Mak usap pipi saya. Mak senyum.
" Banyak ni Onn. Mak ambik sikit aja ya? Nanti Onn nak belanja kat KL tu? Nah ambik ni ya?"
"Makkkkkkk.. Janganlah mak.. Ambiklah ya mak?"
 
Mak senyum
" Banyak ke sikit ke tak kisah Onn. Onn nak berkatnya kan?"
 
Sampai sekarang saya ingat pesan mak tu. Semenjak tu saya memang tak lupa bagi mak duit lepas dapat gaji. Masa sempit macamanapun. Duit mak ayah saya akan dulukan. Kalau saya sesak Ain akan tanya saya
"Duit mak abang dah bagi bang?"
 
Kalau saya tak cukup duit Ain yang bagi kat saya duit mak Sebab Ain tau pesan mak pasal berkat dalam hidup. Pernah sekali aja saya sesak sangat Saya pergi rumah mak mintak maaf kat mak.
Kata saya sempit sangat duit tak cukup.Mak ajak saya pergi pekan Batang Kali.
" Pergi mana ni mak"
" Onn ikut ajalah mak ya?"
 
Rupanya mak ajak gi pejabat pos. Mak keluarkan duit ASB. Mak bagi saya duit! RM 500. Mati mati saya tolak!
" Taknak makkkk!!!  Dahlah tak bagi mak duit bulan ni. Nak ambik duit mak lagi?"
 
Tapi mak kata kat saya
" Ni bukan duit mak ni Onn. Ni semua duit Onn yang onn bagi bulan bulan kat mak tu. Kan Onn susah kan? Onn ambiklah ya? Kalau taknak ambik Onn pinjam aja. Ada duit bayar balik nanti eh? Onn jangan risau. Mak sentiasa doakan Onn berkat hidup anak beranak. Ambik ya Onn?"
 
Itulah sekali saya tak bagi duit kat mak. Sebab saya tamak sangat doa dari mak ayah Saya nak sangat berkat pendapatan tu. Jadi ni saya nak panjangkan pesan arwah mak saya ni.
 
Ni hujung bulan kan?
Dah gaji dah kan?
Baliklah eh?
Jenguk mak ayah kat kampung
Kongsilah sikit duit kita kat mak.. Kat ayah..
Tak banyak sikitpun jadilah
RM 10 ke kan?
 
Berkat doa mak ayah tu yang kita dambakan betul tak?
Saya ni...Ada duit banyak manapunlah sekarang. Mak ayah takda dah nak bagipun.
Cuma dapat doa aja dan panjang panjangkan ilmu arwah mak dan ayah bagi dulu kat sini.
Mana tau ada yang tersapa hati ke kan?
 
Dapat titip sikit pahala buat arwah mak dan ayah kat SANA kan?
Baliklah ya jap?
Sikit ke banyak bukan perkara pokok.
Bak kata mak saya
Berkat tu yang kita cari.
Baliklah ya?
Ya?....
(Please....)
 
P.S.
Jemput baca buku terbaru saya ANAK ANAK ABAH (#AAA) yang ada satu bab kisah pesan arwah mak kat saya yang macam ni ceritanya.
Doakan arwah mak dan ayah saya bahagia d syurga ya?
Al-Fatihah

Saturday, February 27, 2016

Jepun dan Bahasa Melayu

26 Februari 2016
DBP, KL.
 
Melihat anak-anak Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies dan Takushoku University ini berbicara dalam bahasa Melayu menimbulkan pelbagai rasa dalam diri.
 
Ada rasa bangga, ada rasa gembira dan ada juga rasa sedih.
 
Rasa bangga dan gembira bila melihat bangsa asing berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu dan berusaha untuk mempraktikkannya.
 
Rasa sedih pula timbul bila mengenangkan adanya anak bangsa sendiri yang hidup di bumi Malaysia ini tetapi masih tidak berupaya memahami bahasa ibunda sendiri.
 
Di mana silap agak ya? Sistem pendidikan kah atau ibu bapa dan masyarakat sekeliling?
 
Kita semua pasti ada jawapan berbeza.
 
Pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies
Peelajar dari Takushoku University
Puan Faridah Mohamed, Pensyarah bahasa Melayu di Tokyo

Thursday, February 25, 2016

Hospital Lagi

Hari Khamis lepas, Aiman (anak bongsu adik Aida) di tahan di hospital disebabkan oleh lung infection..
 
Khamis sebelum tu, abah tersayang ditahan di hospital selepas Doktor gagal mengenal pasti punca abah pitam hingga terjatuh dalam bilik air.
 
Dan hari ni, Khamis Ayoi (anak bongsu abang) pulak ditahan di hospital kerana semput.. 2 hari berulang ke hospital untuk ambik gas. Jadi hari ni terus kena tahan.
 
Kebetulan yang tidak disengajakan kan? Sesungguhnya perancangan Allah itu memang unik sifatnya. Tiga minggu berturut-turut ahli keluarga kami ditahan di hospital dan yang uniknya pada hari yang sama iaitu hari Khamis. Atas sebab apa? Jangan difikirkan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.
 
 

Wednesday, February 24, 2016

Lawatan Kerja Ke Karangkraf

24 February 2016
Kompleks Media Karangkraf dan Ultimate Print Sdn. Bhd.,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
 
 
 
Lawatan ke Karangkraf Mall.
 
Karangkraf Mall adalah kedai buku yang menjual buku terbitan Karangkraf. Lokasinya betul-betul di depan lobi utama Kompleks Media Karangkraf. Kalau anda memang ulat buku, baik jangan masuk sebab anda akan rambang mata. hehehehee....
 
 
Mr. Syamil Fahim memberikan penerangan ringkas tentang sejarah kedai buku karangkraf dan penerangan ringkas tentang buku dan majalah terbitan Karangkraf.
 
Sesi Taklimat
 
Taklimat by Mr Syamil Fahim Mohd Fahim, COO of Karangkraf


Editorial Division

 
POD Machine

 
 
Lunch Treat
 
 
Rakaman Kenangan
 
  
  
 
Last but not least
With the founder - Dato' Dr. Husamuddin Yaacob & Tuan Haji Nasir Hamzah

Aida secara peribadi sangat kagum dengan kehebatan Dato' Dr. Husamuddin dan Tuan Haji Nasir Hamzah mengemudi Karangkraf sehingga menjadi  sehebat sekarang ni. Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan hanya sebuah publishing house yang beroperasi di lot kedai sahaja. Sekarang ni, Kumpulan Media Karang mempunyai Tanah seluas 27 ekar, yang menempatkan kilang percetakan, bahagian editorial, grafik, studio foto, kedai buku dan macam-macam lagi. Perkembangan hebat ini berlaku dalam tempoh tidak sampai 40 tahun. Siapa kata anak melayu tak boleh maju? Siapa kata anak melayu tak boleh Berjaya? Siapa kata anak melayu tak pandai berniaga? Karangkraf dah pun buktikan. Sebab itulah Aida rasa sangat-sangat bangga dengan Karangkraf ni.  
 
 

Tuesday, February 23, 2016

Lunch Box

Lama tak tayang lunch box. Meh tengok apa ada dalam lunch box hari ni.
 
Omelette for Breakfast
Fruit Salad for Munching
Pan Grilled Salmon + Mix Salad for Lunch
 
 
Makanan biasa yang boleh disiapkan segera jer.
Yang penting mengenyangkan dan menyihatkan.
Betul tak?

Monday, February 22, 2016

Sudirman Haji Arshad Dalam Kenangan

Pada hari ini, 24 tahun yang lalu kita dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah, penghibur no. 1 negara, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad. 
 
Masih segar dalam ingatan saat menerima berita yang menyayar hati tersebut. Aida merupakan salah seorang daripada jutaan peminat beiau.Betapa sedih rasa hati bila mendengar berita tersebut. Pada masa itu Aida dan keluarga berada di Sabah. Kami baru sahaja berpindah ke Sabah kerana Abah dihantar bertugas di Sabah untuk tempoh dua tahun.Kalau dekat mau rasanya terbang ke Temerloh kerana Sudir akan dikebumikan di sana. Tapi jarak beribu batu menghalang daripada berbuat demikian.Jadi hanya doa dan tangisan sahaja yang mengiringi pemergian beliau.
 
Begitu pantasnya masa berlalu. Tanpa kita sedar sudah 24 tahun Sudir meninggalkan kita. Beliau hidup tidak lama tetapi jasanya kepada Negara terutamanya dalam industry huburan tidak dapat disangkal. Begitu besar sumbangannya dalam mengharumkan nama negara.
 
 Marilah kita sama-sama berdoa agar segala kebaikan yang diberikan kepada kita mendapat ganjaran pahala yang dapat membantu beliau di sana nanti. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
 
SUDIRMAN HAJI ARSHAD
24 MEI 1955 - 22 FEBRUARI 1992
 
  
 

Sunday, February 21, 2016

Rio Open 2016 - Semifinal

Unfortunately Rafa losses to Pablo Cuves in the Semifinals, 7/6, 6/7, 4/6.
So sad. Sad to see Rafa suffer this way on clay. Losing to Thiem in Bueno Aires and now to Pablo Cueves in Rio..this has got to be tough.
 
I miss the old Rafa...
The Unbeaten Player...
The Unstopable Player..
The One and Only King of Clay...
 
I hope Rafa and his team will do something to 'fix' ths. Uncle Tony need to do something. Some major changes maybe. Many champs had comeback and I believe Rafa will too...
 
 

Ammar's Wedding

Date:
20 February 2016

Venue:
D'Saji Titiwangsa

Congratulation my favourite PT, Muhammad Ammar Yassir Yasin and Wife!

Wish you a very happy married life!

Note:
Ammar cakap kat abah dia dah pass baton kat aku. So lepas ni aku plak. OMG..mana nak carik calon ni? Hahahaaa..

Saturday, February 20, 2016

Rio Open 2016 - Quaterfinal

Dogopolov has pulled out because of a shoulder injury so Rafa gets a walkover to the semis. Feel better Dolgopolov!

Ketua Pengarah DBP ke-11

Selamat memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Adzis Abas!
 
Semoga segala usaha yang akan dilakukan dalam mengemudi DBP bermula pada 19 Februari 2016 akan diberkati Allah hendaknya. Insyaallah.
 

Friday, February 19, 2016

Rio Open 2016 - 2nd. Round

Rafa defeat Nocolas Almagro, 6/3, 7/5 today.
Alhamdulillah. Well done and good luck for the Quaterfinal Rafa.
Rafa will play Alexandr Dolgopolov in Quaterfinal.
 
 
Vamos Rafa!
 

Thursday, February 18, 2016

Hospital lagi

Khamis lepas Abah ditahan di wad. Hari ni hari Khamis, my youngest sweet adorable nephew, Aiman Syafiq yang baru 1 tahun pulak ditahan di wad.
 
Aiman dibawa ke hospital pada awalnya kerana demam panas. Tapi dalam perjalanan dari Kelang ke Gleneagles Hospital temperature badan Aiman turun. Bila jumpa doktor badan Aiman tak terlalu panas.  Tapi oleh kerana kahak Aiman banyak jadi doktor tahan kerana disyaki ada lung infection.
Malam ni, doktor sahkan memang ada infection pada lung Aiman. Normal reading 5, tapi Aiman 25. Huhuhuhu...tinggiiii...
 
Jadi doktor kata Aiman akan ditahan paling singkat pun 5 hari untuk diberi antibiotik. Cepat atau lambat discharge bergantung kepada berapa cepat Aiman recover.
 
Kawan-kawan tolong doakan Aiman semoga segera sembuh ya.
 
AIman sedang berusaha untuk mencabut balutan tangan. Hehehee
Steady jer walaupn tak sihat. Kan?

Wednesday, February 17, 2016

Rio Open 2016 - 1st Round

Rafa defeat Pablo Carreno, 6/1, 6/4 today in 1st round.
Alhamdulillah. A good start for him.
Hope he can made it to the final and win the tournament.
Insyaallah.
 
VAMOS RAFA!
 
 

Tuesday, February 16, 2016

Rio Open 2016

Date:
15 - 21 February 2016
 
Venue:
Rio de Jeneiro,
Brazil
 
Who Playing:
Rafael Nadal
David Ferrer
Jo Wilfried Tsonga
Fabio Fognini
 
 
 
The battle's begin. Let's pray for Rafa!
 
Vamos Rafa!

Monday, February 15, 2016

Cerita tentang Abah

Alhamdulillah abah dah discharged ptg Ahad semalam. Syukur sangat. Resultpun semuanya ok. Tapi abah masih kena follow up lepas ni.
 
With my brother - Abah takmo pandang kamera..hehehehe...
 
Ni sebahagian daripada sahabat dan saudara mara yang datang ziarah abah kat hospital. Kami tak bagi tau ramai pun, cuma adik abah dan anak buah yang rapat dengan abah dan juga beberapa orang kawan rapat abah jer.
 
Abah dengan kawan baik abah, Pakcik Hamid.
 
Abg Idi, Anak adik abah yang sulung
 
Ni anak cucu abah jer. hehehehehee...
 
Paling aku kami rasa terharu bila adik angkat abah, Abg Jamal datang ziarah. Abg Jamal ni kurang upaya sikit. Dia cuma ada sebelah kaki. Bukan dok KL tapi dok Muar. Dia tau pun sebenarnya secara kebetulan. Adik dia buat majlis perkahwinan anak di Pedas, Negeri Sembilan. Jadi Aida dgn Adik pergi majlis tu wakil abah sebab masih di hospital. Bila nampak kitaorang Abg Jamal terus tanya mana abah. Kami pun bagi taulah. Dia terkejut dan terus tanya hospital mana dan wad berapa. Terus dia cakap dengan wife dia, sblm balik Muar kita tengok Abg Long dulu. Terharu kami. Begitulah Abg Jamal. Pantang dengar mak dengan abah tak sihat, memang bila2 pun dia akan muncul. Kasih sayang mereka kuat walaupun mereka buat saudara seibu sebapa atau ada pertalian persaudaraan. Semoga hubungan ini berkekalan ke jannah. Insyaallah.
ABang Jamal dan isteri
 
Semoga abah terius sihat dan tak perlu bermalam di hospital lagi lepas ni. Amin...