Saturday, December 31, 2016

Mubadala World Tennis Championship Exhibition 2016

Rafa Nadal end 2016 with win. Alhamdulillah.
Rafa beat David Goffin 6-4, 7-6(5) to pick up his fourth title at the Zayed Sports City’s International Tennis Centre.
 
A scorching forehand winner secured the first set for Rafa after both men had picked up breaks in the opening exchanges but Goffin ensured it would not be all plain sailing.
The Belgian broke twice at the start of the second set to lead 3-1, only for Rafa to up his level and round out the win in just under two hours.
 
Congratulation Rafa!
 

Malaysia Thailand Halal Food Festival @Shah Alam

Menarik dan cukup puas hati. Banyak pilihan makanan yang dijual. Cuma masalahnya Aida tengah sakit perut. Jadi dapat jamu mata je lah.  Nak ambik gambar pun hari tengah hujan. Maaflah ya kawan- kawan.

Thursday, December 29, 2016

Mubadala World Tennis Championship 2016

Rafa is back. Alhamdulillah
It is so nice to have Rafa back on court. Tennis is not the same without Rafa.
Wish you all the best for the tournament and 2017.
 
Vamos Rafa!

Lost 10kg in 15 Days

Aida baru terjumpa ni di FB. Saja nak simpan sini. Mana tau nak cuba amalkan :-)
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 28, 2016

Wakaf Buku DBP

Untuk makluman semua.
Marilah menyokong usaha murni ini. 
 
 


PELANCARAN PROGRAM WAKAF BUKU DBP
OLEH
USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Tuesday, December 27, 2016

Happy Birthday Boss

Hari ni hari ulang tahun Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin yang ke 51. Beliau merupakan salah seorang ketua yang Aida hormati dan kagumi, Beliau memang agak tegas dan garang. Tapi semangat dan kecintaan beliau terhadap DBP, organisasi yang kami bernaung ini buat Aida sangat mengagumi beliau,
 
Pada hari ulang tahun beliau yang ke 51 ni, Aida doakan semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah. semoga beliau diberi segala kesabaran, kemudahan dan kekuatan untuk terus mengemudi bahtera DBP dengan baik. Semoga beliau juga diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
 
Happy 51th. Birthday Boss!
 
 Tokyo International Book Fair (TIBF) 2015

Tokyo 2015

Taman Keramat 2016

Paris 2016

Monday, December 26, 2016

Ustaz Don di Karnival kembali ke Sekolah DBP

Karnival Kembali ke Sekolah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan berlangsung dari 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.
 
Esok anda berpeluang bertemu Ustaz Don pada pukul 12.00 tengah hari di sana,
Jangan lepaskan peluang. 
 
Mari mari mari.....
 
 
 

Sunday, December 25, 2016

Cerita tentang Abah

Abah Aida dah berusia 72 tahun. Tapi kalau tengok memang tak nampak macam 72 pun. Alhamdulillah abah masih kuat dan sihat. Rambut abah pun banyak hitam daripda putih. Sebab tu abah tak nampak macam 72.
Tapi dua tiga hari lepas abah kurang sihat. Masalah kencing kotor. Jadi abah banyak baring dan tidur. Berapa hari tak ke masjid sebab badan tak larat. Risau pulak tengok.  
Abah orang yang ceria dan banyak cakqp. Jadi bila sekali sekala jadi pendiam ni kita rasa lain macam. Huhuhuuuu...
Tapi syukur alhamdulillah hari ni abah dah beransur sihat. Cumanya hari ni abah masih belum seriuh biasa.
Sebagai anak, terus terang Aida kurang senang bila tengok abah kurang sihat. Hati risau sangat. Takut macam-macam. Huhuhuuu..
Aida selalu berdoa agar Allah beri Aida lebih banyak masa untuk berbakti kepada abah. Insyaallah.
 

Saturday, December 24, 2016

Areeq's 2nd. Birthday Celebration

Happy 2nd. birthday Areeq Firash.
 
Me & Areeq's Mummy-Fatul

Areeq don't want to blow the candle

The cake was so cute isn't it?
Thank you for having me dear
  

Selamat Bersara!

Selamat bersara Kak Nasuri Ahmad!
Ingat-ingat kami di sini tau.
We gonna miss you kak. :'(

Wednesday, December 21, 2016

Cemburu Biar Berpada-Pada

(Luahan Hati)
 
Susah sebenarnya memegang status single dalam usia macam Aida ni. Nak tau kenapa Aida cakap susah? Susahnya sebab dipandang sedikit serong oleh segelintir para isteri. Rakan-rakan yang bergelar isteri jangan salah sangka pula ya. Bukan semua isteri tapi segelintir cuma.
 
Aida pun tak faham sebenarnya.
Apa yang dicemburukan sangat sampai sanggup unfriend Aida dari akaun FB suami. Kenapa sampai sanggup block no hp Aida dari hp suami. Ishhhh pelik betul. Kami cuma bersahabat. Bukan saling berhubung setiap hari. Apatah lagi keluar berdua-duaan pada waktu yang tidak sepatutnya.
(Tak pernah pun keluar bersama sebenarnya). Aida komen kat FB suami dia pun tak pernah.
Yang jadi sakit hati sampai sanggup unfriend tu kenapa?
 
Ya Allah.
Kenapa dipandang serong sesuatu hubungan persahabatan? Aida ni bukanlah keji terlampau sampai sanggup menghuru-harakan rumah tangga orang. I'm not that jerk sis.
 
Tak salah awak nak cemburu. Aida tau awak sayang suami awak tu. Tapi janganlah kerana kasih sayang dan cinta awak yang begitu mendalam buat awak prasangka pada orang lain.
 
Ya Aida memang single tapi Aida bukanlah sehina itu sampai sanggup rosakkan rumah tangga orang. Jangan salah tafsirkan kebaikan dan keakraban dua orang sahabat yang ikhlas bersahabat kerana Allah. Kalau awak tak percaya pada Aida tolong percaya pada suami sendiri. Jangan prasangka yang bukan-bukan.
 
Mungkin ada yang kata mesti ada sesuati yang buat isteri tu cemburu. Ya sepatutnya memang perlu ada sesuatu. Tapi yang peliknya TIADA. Aida tak buat apa-apa. Whatsapp pun bila nak raya, nak puasa, birthday. Tu jer. Tiada yang lebih daripada tu,
 
Dulu masa awal-awal bersahabat memang ada juga jadikan sahabat tu tempat luahan perasaan. Maksudnya bila sedih bila tension ke apa. Yelah sahabat tu lebih tua. Jadi pendapat orang tua ni biasanya lebih baik rakan sebaya sebab pengalaman hidup mereka lebih luas. Tapi bila dah tau isteri dia tak suka Aida memang stop benda-benda tu. Takde angina takde ribut tiba-tiba baru-baru ni dia boleh unfriend Aida kat FB suami dia. Sedih sangat bila ornag buat kita macam tu. Kenapalah sampai macam tu ya?
 
Salah ke saya jadi anak dara dalam usia macam sekarang? Adakah kamu rasa semua anak dara yang dah berusia ni kemaruk sangat nak kahwin sampai sanggup rampas suami orang?  Kamu sedar tak sebenarnya kalau bab rampas suami orang ni ada dalam kalangan isteri orang pun buat macam tu juga ya. Jadi kalau nak cemburu tolong cemburu juga dengan kawan-kawan yang bergelar isteri orang ya. Jangan terlalu prasangka dengan seseorang hanya kerana status singlenya itu.
Kamu berlaku tidak adil.
 
Aida tak marah tapi Aida rasa kesian.
Kesian kerana kamu terpaksa marasa sakit kerana dihantui perasaan cemburu dan prasangka pada sesuatu yang tak sepatutnya. Daripada terus berprasangka macam tu kan baik kita berkawan sahaja. Membina ukhwah sesame kita. Menjalinkan hubungan persahabatan lebih erat lagi.  Bukankah itu yang dituntut oleh agama kita?
 
Berpada-padalah cemburu tu kawan.
 
Atau Aida yang tak pernah faham? Seorang lelaki yang berstatus suami memang tidak boleh dijadikan sahabat oleh ornag yang single? Begitu? Kalau begitu keadaannya. Aida mohon maaf.
 

Tuesday, December 20, 2016

Livello Uno, Home Style Italian Cuisine, TTDI

Dah banyak kali kawan Aida cerita tentang kesedapan makanan di Livello Uno. Semakin hari semakin teruja untuk pergi terutamanya bila tengok gambar-gambar yang dikongsi di FB. Aida dimaklumkan bahawa restoran ini diusahakan oleh dua orang adik beradik Italian Malaysian.

Simple je kan?

Restoran yang terletak di Tingkat 1 di deretan kedai di TTDI ini menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan  Itali. Antaranya piza, pasta, gnocchi, crepe dan macam-macam lagi..Makanan tersebut dimasak oleh pemilik restoran sendiri.

Tadi Aida berkesempatan untuk menikmati sendiri makanan di Livello Uno apabila perbincangan dengan rakan industri dibuat di situ. Alhamdulillah. Setelah membelek belek menu, akhirnya keputusan dibuat untuk memilih makanan berikut..
 
Appetizer

Spinach Crepe
Sangat sedap.

Main Course
Gnocchi with Shredded Beef
Sedap juga.

Semua yang dimakan ni memang sedap sangat. Sangat memenuhi citarasa Aida. Memang wajib ulang balik restoran ni. Banyak makanan lain yang ingin dirasa
 
Kepada kawan-kawan yang berminat untuk merasai masakan Itali yang sedap, silalah berkunjung ke Livello Uno. Insyaallah puas hati.

Livello Unio
165A, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

+6 03-28560345

Waktu Operasi:
12.00 pm - 22.30 pm
(Selasa - Tutup)

Saturday, December 17, 2016

New Coach

Rafael Nadal has added former player and fellow Spaniard Carlos Moya to his coaching team ahead of the 2017 season. 
 
Awesome news! Just can't wait to see how it goes.
 
Vamos Champion!
 
 
Young Rafa with Carlos Moya

Friday, December 16, 2016

Luncheon with BFF

Venue:
 Lanai Kijang
 
It was nice catching up with best friend. We eat, we talk, we gossip, we laugh and i'm looking forward to our next one already. Love you girls.
 
From Left: Me (Along), Tisha (Angah) & Odah (Achik)

Appetiser
 
Yummylicious Pumpkin Soup
So So Mushroom Soup :p

Main Course
Super Cheap Sirloin Steak for Along (Me) & Achik (Odah) 
Beef Burger for Angah (Tisha)

Deserts

Angah's Fav
Chocolate Lava (?) for Achik
Happy tummy :-)

Misteri

Pagi ini kami di pejabat dikejutkan dengn berita kehilangan seorang rakan kami di DBP Cawangan Sabah. Sdr. Akid @ Clif  Kamijan diberitakan tidak pulang ke rumah sejak petang tadi dan gagal dihubungi sehingga kini.
 
Ya Allah, semoga beliau sentiasa dalam perlindunganmu. Kembalikan lah beliau ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat.
 
Kawan-kawan, mohon sama-sama berdoa agar rakan kami ini selamat dan dikembalikan ke pangkuan keluarga.
 
Abang Akid Kamijan dengan anaknya. Gambar dari FB isterinya.

Thursday, December 15, 2016

Lunch Box

Tayang lunch box sikitlah ya. Minggu ni ada 3 jer sebab Isnin tak kerja dan esok (Jumaat) ada lunch date dengan BFF. Selamat menjamu mata ya kawan-kawan. Kalau ada yang berminat nak resepi silalah maklumkan. Tapi serius ni semua resepi mudah-mudah belaka. :-)
 
SELASA
Cereals + Raisin with Fresh Milk for Breakfast
Pan Grilled Salmon + Fruit Salad for Lunch
French Toast for Tea Break



RABU
Ommelette for Breakfast
Grilled Chicken + Macaroni + Saute Asparagus & Mushroom for Lunch
 


KHAMIS
Cereals + Raisin with Fresh Milk for Breakfast
Pan Grilled Salmon & Potato + Mixed Salad with 1000 Island Dressing for Lunch
 
 

Ada rakan sepejabat ni yang rasa macam sangat kagum bila tengok Aida hari-hari bawa lunch box. Menunya macam mat saleh pulak. Sebenarnya 'kerajinan' ni disebabkan oleh masalah diri sendiri. iada ni cerewet sikit bab makan. Lebih-lebih lagi sekarang ni sebab rasa nak lebih kepada makanan yang sihat. Banyak kriteria pemilihan makan ditetapkan untuk diri sendiri. Kalau beli makanan di kafe pejabat ni memang tak memenuhi kriterialah. Jadi pilahan yang ada pastinya bawa sendiri makanan dari rumah.
 
Bab pemilihan makan yang ala-ala mat saleh ni sebab menu macam ni mudah untuk disediakan. Tak ambil masa yang lama. Boleh siap semuanya tak sampai sejam. kadang-kadang 15 minit, kadang-kadang setengah jam tapi pasti tak lebih setengah jam lah. Sebab tu Aida pilih menu 'mat saleh' ni. Lagi satu tekak anak pak salleh macam I ni memang suka sangat menu mat saleh. Perasan mat saleh sangat kan? hehhehee...

Wednesday, December 14, 2016

Hadiah Tahun Baharu

Hadiah korporat untuk semua staf daripada pihak pengurusan DBP sempena tahun baharu. Buat pertama kalinya dalam sejarah sejak Aida berkhidmat di DBP ni, DBP tak buat kalendar gantung. Langkah penjimatan rasanya. Sebagai staf kita janganlah banyak komplen kan? Terima seadanya. Seorang staf diberi 5 kalendar meja dan satu diari. 
 
 
Dulu-dulu kalau dapat kalender ni mesti bagi Mak Long (kakak Mak) dan Busu (Adik abah). Sebab kami adik beradik ramai yang tak kawin lagi masa tu. Jadi kalendar banyaklah lebih. Tapi sekarang ni, kalau dapat 5 kalendar memang cukup-cukup untuk kami anak beranak. Letak kat rumah abah 1, bagi adik beradik yang dah kawin memang ngam 4 orang. :-) Maka selesailah pengagihan kalendar. Kawan-kawan yang berhajat mintak maaflah.. Stok limited. :-)
 

Monday, December 12, 2016

Karnival Kembali ke Sekolah

Karnival Kembali ke Sekolah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan berlangsung dari 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.
 
Buku-buku dan majalah keluaran DBP dijual pada harga serendah RM1.00. Selain daripada itu pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai, baucar buku dan baucar pakaian yang keseluruhannya bernilai lebih daripada RM2,000.00.
 
Anda juga berpeluang untuk bertemu Ustaz Don pada 27 Disember 2016. Mark your calendar guys!
 
Jom kawan-kawan semua. Dapatkan buku bermutu dan berkualiti untuk anda dan anak-anak anda.
 
 

Kerja Gila: Misi Mencari Salji

Semalam Aida dengan kakak (Anyah) dan adik (Ateh) buat kerja gila. Kami booking tiket ke Sapporo, Japan untuk bulan Februari 2017. Sapporo ni terletak di Kepulauan Hokkaido, Japan. Tujuan pergi cuma nak gi main salji. Kenapa Sapporo? Sebabnya Sapporo ada Snow Festival. Tapi kami tak pergi pada tarikh Snow Festival tu sbbnya hotel mahal berganda-ganda. Kami pergi selepas habis Snow Festival.

Bincang tak sampai 2 hari terus buat keputusan nak pergi. Jadi terus booking tiket flight dan hotel. Ishhhh...memang gila kami ni kan huhuhuhuu...

Inilah perancangan bercuti paling pendek pernah kami buat. Biasanya ambil masa 6 bulan jugak sebelum pergi. Tapi ni tak sampai berapa bulan. Jadi lepas ni kena duduk baik-baik buat jadual. kami ni suka travel sendiri tak ikut travel agent. Sebab lebih fleksibel dan murah :-). Kaki jalan tapi duit bukan banyak sangat memang macam ni. Hehehhehe...
 
Sapporo mu tunggu kami datang.. Misi mencari salji :-)

Sunday, December 11, 2016

Pergi Tak Kembali

Pada tanggal 4 Disember 2016 yang lalu, Aida dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang sahabat sepejabat, Tuan Haji Azman Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Azman. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 4 Disember 2016 setelah dilanggar ketika sedang menunggang basikal di Leburaya DUKE. Kes beliau merupakan kes langgar lari.
 
Sukar untuk mempercayainya. Kehilangan beliau merupakan bukan sahaja dirasai oleh keluarga beliau dan kami di DBP tetapi juga semua penggiat sastera dan jawi tanah air. Ini adalah kerana beliau merupakan seorang penulis novel dan juga penggiat jawi.
 
Berjujuran airmata bila mendengar berita tersebut. Ya Allah kenapa cepat betul kau ambil orang yang sebaik Ustaz. Kenapa dia terlalu cepat pergi meninggalkan kami yang masih memerlukan nasihat dan tunjuk ajar beliau. Dalam kesedihan kami rehda dengan pemergianmu Ustaz.
 
Dah seminggu berlalu, hari ini Aida berkesempatan menziarah pusara beliau. Beliau disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan Mak Aida. Insyaallah lepas ini pun Aida pasti akan menziarahi pusara beliau lagi.
 
Ustaz,
Damailah engkau di sana.
Kami pasti akan merinduimu.
Rindu pada bacaan doamu yang cukup menyentuh hati siapa yang mendengarnya.
Rindu pada ilmu yang kau kongsikan.
Rindu pada senyum manismu.
Rindu pada kemesraanmua. 

Semoga Allah mengampunkan segala dosamu,
Semoga segala ilmu yang kau curahkan sepanjang hidupmu
akan memberi ganjaran pahala buatmu di sana.
Semoga Allah menempatkanmu dalam syurganya yang penuh kesejahteraan.
 
TUAN HAJI AZMN BIN AHMAD
1974 - 2016