Skip to main content

Azam Tahun Baru 2015

Salah satu daripada azam 2015 aku ialah nak reduce weight dan keep fit. Walaupun dah berapa tahun azam ni dok carry forward je tapi tak kisahlah kan. hihihihi..
 
Bila dah berazam mcm ni mestilah ada usaha kan? Jadi setelah puas dok fikir mcm mana nak buat, aku pun ambik keputusan nak gi gym blk. Aku pernah aktif bergym 3 tahun lps. Masa tu berat turun sampai 15kg. Tp bila mak mula tak sihat aku terus slow down gym activity dan lama2 terus stop. Kesannya berat naik blk.
 
Jadi tahun ni aku nak start gym balik. Kebetulan sehari sebelum tahun baru tu Ammar text aku.Ammar ni xtrainer aku masa kat Fitness First The Curve dulu. Tapi skg dia dah kat Fitness First The Garden Mall. Sekarang dia dah jd Fitness Manager. Dia kata ada great offer klu aku nak rejoin balik Fitness First. So dia soh aku drop by kat The Garden Mall. Makanya pada 31 Disember aritu aku pun pergilah. Pot pet pot pet pot pet...end up aku sign up balik jd members. Dapat beg baru, kad baru, mcm-macamlah.
 
Ni lah xtrainer aku 3 tahun lepas. Ammar Yassir.
Kalau iapa nak kenal sila ke Fitness First The Garden.
Bila dah jadi member ni mmg rugi klu tak pergi kan? Jadi semalam aku pun startlah my 1st workout at the gym for the 1st time in 2015. Tapi aku tak pergi The Garden Mall, aku pergi Avenue K jer. Pepagi kul 8.00 aku dah pergi. Semangattt..hihihi...Bila sampai aku wahhhh dah lain ok. Gym dah cantik skit. Yelah dah lain owner kan so ada lah perubahan.
 
Bila dah lama tinggal nak start balik ni mcm-macamlah. Baru buat sikit dah penat. Hihihihi. So tadi aku cuma buat kardio (treadmills, elliptical, rowing) 50 minit dan freestyle activity for another 20 minutes + jumping jack. Aku end up dengan sauna 30 minit. Itu jer lah. Harap2 lepas ni boleh increase time dgn level of activity.
 
Doakan aku ya. Aku bukan nak kurus untuk cantik. Tapi aku nak sihat.
 
Posing dalam bilik persalinan.
Posing skit skit lagi sebelum start. hahahahaa...
Bosu
Kettle Bells
Cardio Area
Free Style Area

Comments

  1. tahniah.. tahniah.. azam akak tiap tahun tu.. tapi bukan mengecil tapi membesar...
    kita sama2 berusaha lahkan.. akakpun nak kurangkan sikit beratni.. macam letihjer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moh kak. kita sesame usaha. semoga tahun ni Allah makbulkan impian kita. :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah