Skip to main content

Gegar Vaganza

Korang follow tak program Gegar Vaganza kat Astro tu? Aku bukanlah penggemar setia program tu. Tapi adalah beberapa kali tengok program tu. Aku bukan nak komen tentang program tu. Cuma nak komen tentang salah sorang pesertanya.


 
Haleeda.....Korang kenal kan?
 
Aku bukan nak pertikai tentang suara dia. Suara dia memang ok. Tapi gaya persembahan dia. Aku rasa tak best betul bila tengok dia menyanyi dengan kaki terkangkang luas tu. Rasa tak sopan betul bila perempuan menyanyi terkangkang macam tu, lebih-lebih lagi dia bertudung. Sangat tak manis rupanya. Kalau sekali tu mungkin aku rasa boleh abaikan jer tapi bila dah bebeapa kali tengok dia menyanyi dan berdiri dengan kaki terbukak luas macam tu aku jadi keliru. Dia memang tak boleh rapat kaki ker? Tak manis betul...Huhuhuhuuu...
 
Mungkin orang lain tak rasa apa. Rasa macam ok jer. Tapi bagi aku memang tak ok. Perempuan, melayu, bertudung, berusia matang tapi menyanyi dan berdiri dengan kaki terkangkang luas. Tolanglah sopan sikit. Kepada peminat haleeda aku minta maaflah banyak-banyak. Bukan niat aku nak mengutuk dia. Tapi memang aku rasa tak senang dengan cara diri berdiri dan buat persembahan macam tu.

Kalau dia masih dengan Azman Adnan mungkin aku boleh cakap terus je dengan dia. Sebabnya abg aku kawan dengan Azman Adnan dulu. Dan Haleeda pun beberapa kali raya datang umah aku. Masa abg aku kawin pun dia ada buat free show (karaoke) kat umah aku. heheheeee....tapi sbb skg dia bukan dengan Azman Adnan so tak dapatlah aku cakap ngan dia. Jadi kalaulah ada orang kenal dia yang terbaca apa yang aku tulis ni tolonglah bagi tau komen aku ni kat dia. Untuk kebaikan juga. menyanyi dah bagus dah tapi kalau dia lebih sopan lagi bagus. Silap2 boleh menang Gegar Vaganza tu.

Comments

  1. Nak kata best tu tak lah best sangat kak. tapi ok lah kalau nak tengok penyanyi lama macam Rahmat (Mega), Mamat (Exist), Ayai (Ilusi), Shima, Haleeda menyanyi. Ada yang ok ada yang tak berapa ok.

    ReplyDelete
  2. Acik ada jugak tengok Aida..acik suka tengok sharifah Zarina.

    ReplyDelete
  3. saya ikut setiap minggu kak, skrg ni berselang seli dgn mentor pulok..kihkhi...ermm..haleeda tu 'ganas' kan..erm...mungkin dia kena control skit keganasan dia tu..agaknya..bila dh nyanyi tu, tk sedar kaki terkangkang...syok sgt menyanyi..hihiihi

    ReplyDelete
  4. akak tak tengok tapi tuler masa iklantu akak tengok gak .. nak cakap gak tapi nak cakap kat sape.. aida pandai cakap kat blogkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah