Dah berapa minggu aku tak mimpi mak. Rindunya. Aku kira aku ni dalam kategori yang agak beruntung kerana sejak emak 'pergi' aku dah beberapa kali mimpi mak. Terubat juga sedikit rasa rindu walaupun cuma berjumpa dalam mimpi. Tapi dah berapa minggu aku tak mimpi mak. Rindu mak sangat-sangat. Andai dapat aku putar masa, pastinya setiap saat yang ada akan aku manfaatkan sebaiknya. Mak, edah sayang mak. Sayang sangat. Semoga roh mak sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.
Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka. Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)
Comments
Post a Comment