Skip to main content

Oats Challenge

Lama tak bersiaran jadi aku pun tak sempat lagi nak cerita tentang hasil 5 Days Oats Challenge aku. Jadi hari ni aku nak citer sikitlah pasal 5 Days Oats Challenge aku. Dengan bangganya aku nak bagi tau yang aku berjaya bertahan 5 hari dengan oats. Oats for breakfast and lunch. Syabas untuk diri sendiri. Hihihihiii.....
 
Mesti ada yang nak tau apa hasilnya kan? Turun ke berat? Boleh kurus ke kalau makan oats jer? kan kan kan? Ishhh uolss ni kan kalau tak makan nasi je sure ingat sebab nak kurus kan? Kalau Tanya aku jawapannya mestilah tidak. Oats tak mampu kuruskan aku dan tak makan nasi jugak tak mampu kuruskan aku. Yang boleh buat aku kurang berat badan (bukan kurus ya sbb aku ni jaaaaaauh sangat lagi nak gi tahap kurus tu) adalah senaman yang konsisten dan juga jaga pemakanan.
 
kalau camtu buat apa nak makan oats bagai? bukan sedap pun oat tu kan? Boleh kenyang ke? Tu soalan yang dijangka akan ditanya oleh oranglah. Jadi meh aku jawab sikit. Aku mulakan oats challenge ni sbb nak tengok keupayaan diri aku. Aku tau oats ni bagus tapi aku ni sangat ta suka oats sebenarnya. Diulang sekali lagi sangat tak suka. Tak lalu tekak nak makan. Tapi bila aku banayk membaca tentang oats jadi aku tau oats ni banyak kebaikannya. Atas sebab itulah aku challenge diri sendir. mampu tak aku bertahan dengan oats. Mula-mula aku ingat nak buat 30 days oats challenge. Tapi bila fikir balik macam panjang sangat. jadi aku mulakan dengan 5 days dulu. kenapa 5 days? sukati aku lah...hehehhehee..
 
Dan selepas 5 hari ternyata aku berjaya. Aku rasa bukan susah sangat. Cuma kita perlu kreatif dalam menyediakan hidangan oats ni. Jangan dok makan dengan susu tak susah2. memang jemu jelaklah dibuatnya. Pelbagaikan jenis hidangan oats. Kerabu Oats, Nasi Lemak Oats, Pizza Oat, Sushi Oats dll. Jadi tekak kita senanglah nak makan. Kalau semacam je mmg confirm muntah dibuatnya. Hehehehe...
 
Dalam masa 5 hari memang aku terus terang berat aku tak turun banyak mana pun . 1kg jer kurangnya. But at least ada gak sumting kan? better than nothing. Betui dak? :-) Cumanya aku rasa badan aku lebih selesa lah.
 
jadi sekarang ni aku dok terfikir2 nak buat 30 days oats challenge plak. Rasa macam nak start bulan Disember ni. Ada beberapa hari lagi nak fikir....Apa pandangan korang?
 
Walaupun ak tak start lagi 30 days oats challenge aku, tapi arini aku breakfast kerabu oats.  2 sudu besar oats aku masak dengan air panas. Pastuh aku makan dengan kerabu, ikan goreng tepung dan solok lada. Airnya macam biasa. Aku mmg buat air detox. Ni lah rupa sahsiah makanan dan minuman aku. Sure ada yg mulut longkang nanti kata makan minum gini pun tak kurus kan? heheheheee...Takpelah...yg penting aku sihat...itu yg paling utama.


Macam-macam ada.
Lemon, Lime, Orange, Apple & Cucumber :-)

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah