Skip to main content

Weight Lose Programme

Kalau korang kenal aku atau selalu baca blog aku korang mesti tau yang aku ni sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan aku kan?  Jadi sekarang ni aku amalkan pengiraan kalori makanan harian. Aku ni bukan bijak sangat nak kira. Jadi aku gunakan myfitnespal untuk membantu aku mengira kalori makanan harian. Aku install terus kat android aku. jadi memang senang kejenya.


 
 
Guna Myfitnesspal ni senang. Kita cuma perlu taip jenis makanan yang kita ambil. nanti akan terpapar jumlah kalorinya. Tapi bagi makanan yang pelik2 mungkin takde ya. So far aku punya makanan alhamdulillah semua ada. Senang keje aku. kalau yang takde tu korang kena try buat reseach skit pastuh boleh masuk jumlah kalorinya kat situ. So nanti dapatlah bantu orang lain jugak.  Ni contoh aplikasinya.

 
 
So end of the day kita akan tau kita terkurang kalori harian ke terlebih ker. Oh lupa plak. Dia jugak boleh kira berapa banyak kita burn kalori kita melalui exercise. Jadi nanti dia akan balancekan dengan makanan yang kita ambil. Dari situ kita boleh tengok perkembangan kita setiap hari. Senangkan?
 
Kalau nak install korang pergi jer kat Playstore. Mesti ada.
 
Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah