Skip to main content

Tandas Awam

Selalu kan kita tengok tandas awam kat Malaysia ni yang kotor, busuk tak berjaga walaupun nak masuk kena bayar duit. Kan kan? Tapi aku ni bukan nak cerita pasal tandas yang macam tu. Aku nak cerita tentang tandas awam yang Gred A. Tengok je gambar kat bawah ni. (Tak pernah aku ambik gambar tandas sebelum ni tau...eehhhh jab...pernah2 masa kat Jerman dengan Australia dulu. Tapi kat Malaysia tak pernahlah..hehehe)
 
Amacam? cantik tak? dah lah bersih cantik pulak tu. Yang buat aku kagum sangat adalah tandas ini bukan tandas di shopping mall atau hotel. Tapi tandas ni cuma tandas di PETRONAS. Aku ulang sekali lagi PETRONAS. PETRONAS Cyberjaya. Aku memang kagum sangat tengok tandas ni. bagus pekerja PETRONAS tu kan? Kalau semua tandas kat Malaysia sebersih dan secantik ini kan bagus. Janganlah buat perbandingan dengan tandas di hotel 5 atau 6 bintang. Memanglah tandas mereka lebih cantik. Tapi cuba buat perbandingan dengan tandas di petrol pam, shopping mall dan juga masjid serta surau yang lain. Kalau semua tempat tu ada sikap macam pemilik dan pekerja PETRONAS cyberjaya ni mesti kita tak malu lagi dengan pelancong asing kan? dan kita tak perlu lagi menahan hajat sampai ke rumah sebab tak lalu nak membuang di tandas awam. yang kotor dan menjijikkan tu kan kan kan?

 







Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah