Skip to main content

Sumbangan Hari Raya

Hari ini aku dah semua staf di bahagian aku menerima sumbangan hari raya daripada mantan boss kami. Sebungkus maruku dan duit raya.
 
Seronok sangat rasanya bila kami tetap diingati walaupun beliau telah bertukar ke bahagian lain. Sesungguhnya beliau memang seorang ketua yang pandai menghargai staf. Kami sangat beruntung mempunyai ketua seperti beliau.
 
 
Kak Asiah,
 
Kami sayang akak sangat-sangat.
Terima kasih atas ingatan yang tidak bertepi ini.
Semoga akak dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Comments

  1. Salam Da,

    Seronoknya dah dapat sumbangan dan duit raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak,

      Memang seronok kak :-)Walaupun tak seberapa tapi ingat tu yang penting. Syukur atas rezeki yang Allah bagi.

      Delete
  2. Apsal aku tak dapat?aku pun mantan mentee dia jugak...hehhehe(perasan)

    ReplyDelete
  3. Waaa besh nya dapat duit raya..
    akak tanak hulur kat sy sikit ke? hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dah kawin takleh dapat duit raya. tunggu baby keluar baru bleh dapat :-)

      Delete
  4. untung dapat boss camtu kan. kat sini x de harapan la nak dapat camtu. moga boss tu panjang umo dan murah rezeki serta dilindungi dan diberkati.

    aida raya mana tahun ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....mmg untung kak...syukur sangat. Aida macam biasalah raya KL jer....org takde kampong. :-(

      Delete
  5. seronoknyer.... best kalu dpt bos mcm tu yek, akak pun suke...
    aida raya mana? bile mule cuti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) Aida raya KL jer kak. Aida takde kampong. Cuti lepas raya nanti 12-16. Tapi itu bkn sbb raya. Cuti panjang sbb mak dah mula buat chemo :-(

      Delete
  6. jeles jeles jeles.....sangattttt jelessss.... huhuhuuu...

    ReplyDelete
  7. jom.. jom nak baca cerita rayani...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah