Skip to main content

Iftar with My Buddies!

Sudah 15 hari kita berpuasa dan hari ni adalah hari pertama aku berbuka puasa di luar. Aku sebenarnya lebih suka berbuka puasa di rumah berbanding di luar. Mudah segala-galanya. Mudah nak solat, tak perlu berebut makanan dan sebagainya. Lagipun mak tak berapa sihat jadi aku berat hati nak berbuka di luar tahun ni.

Tapi ajakan untuk berbuka puasa di luar daripada sahabat baik aku, Ruziq dan adiknya Zira tak dapat aku tolak. Sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan kira oklah kot. Lagipun hari ni adik Aphyd cuti. Jadi dapatlah dia memasak dengan Ain untuk berbuka hari ni. Mak adalah kawan. Tu yang aku terima ajakan diorang.


Zira & Hubby (Zarrar)
Gambar Ruziq tak payah. Jadi stalker yg dok tengok blog aku sebab Ruziq tu silalah kecewa ya...hehehehhee...
 
Tempat pilihan Ruziq adalah Seoul Garden, Plaza Pantai. Aku sebenarnya tak pernah makan kat Seoul Garden ni. Jadi aku setuju sahajalah dengan cadangan tu. Lagipun Plaza Pantai tu dekat juga dengan pejabat aku. Senanglah sikit tak perlu aku hadap jem yang teruk untuk ke sana.
 
Sampai je kat sana, aku kecewa. Ahhhh...macam ni jer rupa Seoul Garden. Buruknya kedai dia. Ditambah pula dengan pembinaan yang dilakukan di hadapan kedai tu. Takde pemandangan langsung. Yang ada cuma zink tinggi yang menutup pandangan. Kecewanya.
 
Masuk-masuk kami terus buat pembayaran. RM188.75 untuk empat orang. Harga boleh tahan. Kitaorang terus duduk ditempat yang disediakan. Aku malas nak pilih makan. Jadi Ruziq, Zira dan Zarrar yang pergi ambil makanan. Aku duduk diam baca novel. hehehhee....Sempat lagi tu. mestilah sempat. novel Ramlee Awang Mursyid ok.
 
Pilih punya pilih diorang bawak beberapa pinggan yang berisi daging, ayam, kambing yang siap diperap untuk dibakar, satu pinggan bebola dan sayur untuk direbus dalam kuah sup, buah-buahan dan sedikit puding.
 
Bila masuk waktu berbuka, kami mula berbuka dengan buah kurma (yang dibawa sendiri). Apa lah kurma pun tak sediakan. Lepas makan kurma aku hirup kuah sup. Alamak....serius tak sedap ok. Tak kena langsung dengan tekak aku. Kecewa betul.
 
Lepas tu nak makan yang bakar-bakar pulak. Ehhh lupa ambik sos, jadi Ruziq pergi ambik sos. Pilihan aku sos tomatolah. (Tua Bangka tapi suka sos tomato..hehehee) Ruziq balik tempat duduk kami dan bagi tau, sos tomato takde. Ishhhh....yang ada sos macam yong tau foo dan sos cili garlic. Kecewa lagi.
 
Tapi syukur sahajalah. Mungkin ini je rezeki hari ini. Aku ambik daging dan ayam. Ayam, takde rasa apapun. (dengan bahasa kasarnya tak berapa sedap) dan daging kira ok lah. Lepas tu aku pergi lah bangun, sbb dok terfikir takde haiwan-haiwan lain ke. Pergi tempat buffet dia hmmmm....mmg tak syok...Jadi end up  aku ambik salad jer.
 
Lepas sudah makan bakar rebus semua tu aku rasalah puding dia. Mak aiiiiii....manis gila. Huhhhh....kecewa lagi...Jadi secara keseluruhannya aku kecewa dengan makanan kat Seoul Garden. Eh lupa pulak....ada lagi benda nak komen ni. Pinggan dan gelas dia buruk. Macam makan kat warung. Bilik air pun mmg boleh buah nak buang tak jadi. Huhuhuuuu...Sangat kecewa.
 
Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Aku minta maaf. Tapi ini adalah pandangan peribadi aku. Kesimpulannya, aku datang sini sekali jelah. Bagi aku bayaran yang dikenakan dengan apa yang diberi adalah tidak berbaloi untuk duit aku. Lagi baik aku makan kat Flaming Steamboat. Memang puas hati. Cuma Flaming takde grill lah. Takpe, cari tempat lain lepas ni.
 
 
Layanlah gamba makanan yang tak seberapa ni. Mood ambik gambar tak berapa ada sebab hatiku kecewa :-)




Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah