Skip to main content

Movie lagi!

 
Selepas dua hari berpenat lelah mengangkut air hari ini aku rasa aku nak berehat. Lagipun air dah mula keluar dekat paip. jadi tugasan menadah air tu aku serahkan kepada adik aku. Aku tak nak angkat-angkat air dah hari ni. Badan dah sakit-sakit dah ni.
 
Kalau nak berehat aku tak boleh duduk rumah sebab nanti terbuat juga kerja mengangkut air. Jadi, aku minta izin abang aku untuk bawak 3 Stooges - Wan, Jijie & Ayoi untuk berjimba. heheheheheee....Budak-budak tu ok jer. Bawak jalan pergi mana pun diorg ok punya. Budak-budak kan....
 
Puas jugak memikir nak bawak diorg pergi mana. Nak pergi theme park dah lewat sangat sebab aku cuma boleh bawak diorang jalan dalam pukul 2 macam tu sebab sebelum tu kitaorang nak pergi kenduri kahwin jiran aku. kalau pergi theme park memang rugilah sebab dapat main sekejab jer.
 
Jadi aku rasa tempat yang paling mudah dan boleh buat diorg enjoy apa lagi kalau bukan tengok movie. Maka tengok movielah kami.....Cerita pilihan diorang adalah......
 
 
Macam biasa sebeklum movie mula kita bersantai dulu minum ringan sebab diorng pun baru makan kat kenduri kahwin tadi. pergi chattime beli Milk Tea with bubble utk Wan dan Choco Oreo With Buble untuk Jijie. Ayoi tak nak. Lepas tu pergi kedai depan tu pulak beli donut. Barulah beli air untuk Ayoi. Dia nak Ice Lemon Tea jer. Donut beli sorang satu jer sebab perut pun kenyang lagi kan. Donut tu pun diorng kurang sikit sebab keras. Tu yang walaupun satu jer sorang makannya berjam-jam.Takpelah sebab movie pun lagi sejam baru mula.
 
 
 
 
Lepas tu posing sekejab dulu dekat poster Iron Man. Tak sabar-sabar diorng ni nak tengok Iron Man. Tunggu ya anak-anak. 26 April baru keluar. Nanti Ayang bawa pergi tengok. Dan janji ditepati dah dengan diorng. :-)
 





 
Lepas beli popcorn posing sekejab dekat gambar Abg Tom ni. Nak tengok Abg Tom dengan budak-budak ni sure diorng boring kang sebab tak faham. Jadi aku suruh diorng posing je lah kat gambar Abg Tom tu.
 
Popcorn sorang sato ok. Share2 tak main.
Tak cukup dioang kata...hehehehe
 
Movie dah nak start dah ni.
Tapi posing skit dulusebab Ayang nak masuk blog Ayang...
heheheheheh
Lepas habis movie terus balik rumah sebab ada projek nak hantar fruit tart kat office Ateh dan nak ambik Ateh balik sekali. Sebelum balik kita beli aidkrim pulak dulu. Lecka Lecka. Tapi semua makan tak habis. Not to their liking. 
 
 

 
Jadi balik rumah, solat dulu, ambik fruit tart terus pergi office Ateh - AEON Kepong. Sampai office Ateh terus pergi solat Maghrib dulu. Tunggu Ateh dekat surau. Lepas hantar fruit tart pada kawan Ateh, plan nak gi makan. Wan dengan Jijie request nak makan Sushi King. Terus lah pergi Sushi King. Malangnya beratur panjang sangat kat Sushi King tu. Aku dah cakap kat diornag kalau ramai orang kita makan tempat lain.  Jadi terpaksalah cancell makan kat Sushi King. Piilihan seterusnya adalah KFC. Aku ikutkan jelah. Diorang try ayam korea yang baru tu. Sedap tapi mak aiiiiiiiii...pedas bangat seh. Memang tak tertahan pedasnya terutama untuk orang yang tak tahan pedas ni. Makan sambil berlinangan air mata dah air hidung. Heheheheee....Air pun siap bertambahlah lagi....
 
 

 
Inilah dia ayam yang sedap tapi pedas gila ni...uhuksssss
 
Itulah cerita berjimba dengan kanak-kanak riang di petang Sabtu yang indah nian :-)

Comments

  1. akak tak suka ayam barutu.. .ewah tak trypun tapi sebab akak pergi ngan kawan2 yang suka sangat ayam sekali dia kata tak sedap means tak sedapler kot..
    akak ngan anak2pun dah tengokceritatu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah